Notis untuk peniaga & Bakal Usahawan

Daripada: Zamri Mohamad

Lokasi: SOHO (Small Office Home Office)

Melaka Bandaraya Bersejarah

 

 

Assalam alaikum. Saya Zamri Mohamad, penulis buku sepenuh masa di negara ini. Sebelum ini saya merupakan penyelidik bebas bagi sebuah konsultan dan jururunding bisnes kecil di Kuala Lumpur sejak awal tahun 2001 sehingga tahun 2005.

Kegawatan seluruh dunia kesan daripada krisis ekonomi yang berlaku menjadikan para peniaga dan bakal usahawan berhadapan dengan kebimbangan. Dalam keadaan genting ini, kita memilih untuk membuka bisnes yang relevan dan bertahan ketika gawat. Peniaga sedia ada mencari-cari strategi bagi memastikan bisnes terus kekal.

Setelah mengenalpasti trend yang berlaku kini, bersedia awal adalah caranya. Tetapi strategi ini harus keluar daripada pemikiran orang bisnes yang pernah memulakan bisnesnya pada zaman gawat. Strategi juga keluar daripada pengamal bisnes yang melalui beberapa turun naik dalam bisnes.

Kedua-dua formula ini saya perolehi daripada dua pemikir bisnes yang relevan dengan keperluan anda. Ia akan membantu anda bertahan dan kekal dalam bisnes meskipun dalam kegawatan.


Pelajari formula bisnes daripada kisah usahawan zaman gawat di Malaysia

 

Skali Lagi

RM 30.00 termasuk surcaj dan kos penghantaran

Bagaimana melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta dalam zaman gawat?

Bagaimana berhadapan dengan keadaan kehilangan pekerja secara serentak ketika organisasi dalam krisis?

Bagaimana mahu mencipta persepsi yang positif mengenai di hadapan klien ketika mana organisasi sedang selangkah lagi bakal berkubur menjadi sejarah.

Bagaimana berhadapan dengan keadaan kehilangan rakan kongsi yang sangat penting dalam bisnes ketika mana bisnes perlu survival dalam keadaan gawat?

Tidak ada individu yang layak bercerita mengenai strategi bisnes pada zaman gawat melainkan Tengku Farith Rithaudin. Tengku Farith Rithaudden adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Group CEO) SKALI. Keadaan di atas adalah perkara yang dilaluinya dan diberitahu cara mengatasinya.

Beliau memulakan kerjaya dengan menyertai sebuah bank pelaburan. kemudian berpindah ke sektor industri pembinaan sebelum menceburi bidang keusahawanan teknologi pada era 90-an

Selepas melalui pelbagai pengalaman pahit manis dalam bisnes, beliau menghasilkan buku ini bagi berkongsi pengalamannya dengan usahawan-usahawan lain. Diharapkan kisah suka duka yang dialami oleh SKALI menjadi panduan dan inspirasi kepada usahawan lain, terutama mereka yang masih bekerja keras untuk berjaya dan bercita-cita menceburi bidang keusahawanan.

Menariknya, pengalaman beliau diceritakan satu persatu dan sesuai diadaptasi dalam bisnes-bisnes lain selain bisnes dot-com. Dato Nazir Razak, eksekutif Kumpulan CIMB berkata, “Farith berkongsi pengalaman kumpulannya, kegagalan dan kejayaan dengan gaya yang mudah dan menghiburkan, menunjukkan komitmen beliau dalam membantu orang lain.”

Mesti dibaca untuk memulakan dan menjalankan bisnes ketika gawat!


Pendedahan mengapa bisnes yang terlalu baik dan terlalu laku petanda bisnes itu akan tutup!

 

 

Memulakan Bisnes Sendiri

Harga RM38.00 termasuk surcaj dan kos penghantaran

 

Bagaimana orang politik mempercepatkan sebuah bisnes ditutup di Malaysia!
 

Bagaimana mencari calon isteri untuk calon usahawan
Ada cerita di sebalik usahawan, cinta dan seks
Benarkah mitos "Usahawan Cina bunuh potensi Melayu"
Bisnes yang terlampau baik atau bisnes terlalu laku menandakan bisnes itu bakal rugi?

 

Semua perkara ini didedahkan dalam buku ini.

Kebanyakan buku motivasi keusahawanan yang ada dalam pasaran, sebagaimana halnya dengan buku-buku motivasi lain, memberi gambaran yang tidak sebenar-benarnya mencerminkan realiti.

Buku-buku itu mengatakan semua orang boleh berjaya dalam dunia perniagaan, suatu hal yang tidak benar.

Realitinya, bukan semua orang mempunyai kebolehan menjadi usahawan, sebagaimana bukan semua orang boleh berjaya dalam bidang sukan, ataupun muzik ataupun politik.

Buku ini ditulis untuk saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan memulakan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran lazimnya mengandaikan sesiapa sahaja dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Andaian itu amat meleset daripada realiti sebenar.

Buku ini juga ditulis bagi membantu saudara mengenal pasti beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu.

Ada tiga kumpulan orang yang cuba memasuki dunia bisnes.

Mereka yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang bisnes.
Mereka yang tidak mempunyai bakat bisnes.
Mereka yang mempunyai bakat, tetapi bakatnya itu tidak cukup besar.

Siapakah yang lebih perlu membaca buku ini? Jikalau saudara tidak mempunyai bakat bisnes, tetapi saudara sedang merancang memasuki dunia bisnes, maka saudara termasuk orang yang mesti membaca buku ini sebelum mengorak langkah memasuki dunia bisnes.

Jikalau saudara mempunyai bakat, saudara juga boleh mendapat manfaat daripada buku ini. Jadi, bacalah. Mudah-mudahan saudara tidak melakukan kesilapan sebagaimana yang dilakukan oleh ramai orang lain, yang ceritanya diterangkan dalam buku ini.

Buku ini ditulis oleh Puan Ainon Mohd yang merupakan pengerusi kumpulan anak syarikat PTS Publication Sdn Bhd. Buku ini telah menembusi Indonesia. Ia telah diulang cetak dan dikemaskini. Antara buku bisnes terbaik rujukan di negara ini.

Buku bestseller dan diterbitkan dalam bahasa Indonesia!

 


Isi borang di bawah untuk pra pesanan terhad!